my blah blah blog~~!!!

Wednesday, September 28, 2005

Story of Bob ( In malay!! muahahaha!)

"Hi , saya Bob. Apa khabar?". Bob memperkenalkan dirinya kepada pekerja pekerja lama di syarikat yang terletak di KL. Bob asalnya datang dari Kota Kinabalu Sabah dan dia datang ke KL sejak dua minggu yang lalu dengan hasrat untuk menuntut ilmu.Tetapi disebabkan masalah kewangan, Bob terpaksalah mencari kerja dahulu untuk menampung hidupnya dan untuk membiayai kos pembelajarannya.

"Hi Bob, pertama kali datang ke KL?" tanya salah seorang pekerja di situ. "Ya." dijawabnya Bob dengan senyuman selambanya. "Saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Semua orang bergerak begitu pantas dan kelihatan mengejar masa. Traffiknya juga.. haiz...teruk. Saya juga tidak pernah alami jerebu seteruk ini. Mahunya saya ada penyakit ashma, saya sudah lama mati.. hahahaha.. ha... " Bob cuba membuat lawak jenaka tetapi nampaknya ia tidak berhasil. Senyum tertawa yang diharapkan Bob tidak muncul tetapi diganti dengan pandangan yang diselabuti kebencian.

"HUH.. kalau tak berpuas hati dengan KL sangat, buat apa datang sini? Baliklah pegi kampung kamu tu!! Datang sini merampas kerja kita saja!" Kata hampir kesemua pekerja yang dilahirkan di KL itu. Semangat untuk mempertahankan maruah tanah lahir sendiri kini kian membuak-buak dalam diri mereka. Mereka ingin meluahkan isi hati mereka tetapi membatalkannya kerana terfikir yang Bob akan bekerja dengan mereka dalam jangka masa yang panjang dan tidak ingin sebarang kelahi muncul.

"Bob ni orang apa? bahasa melayu Bob tidak seperti apa percakapan orang dari Sabah je.. Orang Iban ke?"

"Bukanlah, saya orang cina. Er..sebenarnya Orang Iban datang dari Sarawak, bukan dari Sabah.."
Jawab Bob dengan senyuman. Jelas Bob kelihatan sedikit tersinggung dengan pertanyaan tadi.

"Apalah..takkanlah sampai sekarang masih tidak dapat bezakan orang Sarawak dengan Sabah? Kamu ini orang Malaysia ke apa hah?" menjerit hati Bob. Memang mudah difahami perasaan Bob. Sejak datang ke KL, dia terpaksa memperbetulkan kenyataan Orang KL terhadap orang Sabah dengan Sarawak. Bob sudah cukup muak dengan terpaksa menjawab setiap orang KL.

"Lepas ini sah mereka akan tanya pasal.." Kata dalam fikiran Bob. Sebelum dia dapat menghabiskan ayat tadi. Salah seorang pekerja lama itu menanya.

"Eh. Saya tak pernah pegi Kuching lah.. dengar kata masih ada orang tinggal atas pokok..betulkah?hahahahha!" Ketawanya disertai oleh semua pekerja - pekerja yang lain kecuali Bob.
Bob rasa cukup marah dengan pertanyaan tadi. Sudah ketara itu bukannya pertanyaan tetapi hanya untuk memperlikan orang yang datang dari bahagian Barat Malaysia. Memandangkan KL adalah ibu kota Malaysia. Ia diberi perhatian dahulu dari kerajaan untuk membangunkannya. Ini menyebabkan bandar - bandar dari negeri yang lain jauh ketinggalan darinya.

"HUH.. kurang ajar betul. Kalau bukan kayu kayu balak dari Sabah dan Sarawak, kau ingat KL boleh jadi begini??!!" fikir Bob. Bob pernah terdengar kenyataan ini dari ibubapa dan juga cikgunya. Dia tidak tersangka yang dia akan terfikirkan perkara ini. Memang dari dulu lagi orang - orang dari Sabah memikirkan ke mana semua pendapatan dari kerja pembalakan itu pergi. Satu hutan demi satu hutan dibersihkan tetapi tidak kelihatan hasilnya. Apa yang tinggal hanya tanah kosong.

"Ya kami memang masih tinggal atas pokok lagi, dan kami dapat internet pun dengan menyambung dahan dahan macam kabel telefon." Jawab Bob dengan disertai ketawa dari pekerja pekerja lama itu..

"Tapi, semundur mana pun kita, kita masih tidak macam kamu yang suka 'makan' anak sendiri."
Bob sambung dan semua orang terdiam. Nampak jelasnya keadaan yang tidak menyenangkan wujud di antara Bob dengan rakan sekerjanya yang baru.

Does this situation really happened in our country? I can gladly says it didn't happened to me. But it still annoys me that they really can't differentiate between Sabahans and Sarawakians, or the fact that they still thinks that we live in a lush forest. =s.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home